Objektif
Objektif bagi teknik ini untuk menutup atau membuat penyelesaian awal bagi hutang-hutang yang mempunyai kadar interest yang tinggi. Semua hutang tersebut disatukan ke pembiayaan rumah sahaja.Antara hutang yang sesuai ditutup seperti kad kredit, personal loan, loan koperasi, loan kereta dan sebagainya.Objektif ini akan meningkatkan aliran tunai setiap bulan kerana bayaran bulanan bank menjadi rendah.
Kelebihan Selesai & Satukan Hutang
- check
- check
- check
- check
- check
- check
Siapa Perlu Refinance?
Berikut adalah ciri-ciri yang boleh buat refinance untuk Selesai & Satukan Hutang :
- check
- check
- check
- check
- check
Persediaan Awal Sebelum Refinance
Berikut adalah persediaan awal bagi anda yang berminat untuk refinance rumah. Proses refinance rumah sama seperti proses permohonan pembiayaan rumah baru atau subsale.
Pihak bank akan melihat pendapatan dan komitmen bulanan, laporan CCRIS dan CTOS, dokumen sokongan dan perkara-perkara lain.
Perancangan Kewangan
Ya. Tetapkan perancangan kewangan anda. Anda lebih mengetahui keadaan kewangan semasa dan penyelesaian yang diperlukan.Sekiranya refinance rumah tidak sesuai dengan perancangan tersebut, cari kaedah lain yang sesuai. Jika refinance rumah adalah yang terbaik, dapatkan maklumat lebih detail dari banker refinance yang berpengalaman.
Semak Harga Pasaran
Jumlah maksimum refinance yang dibenarkan adalah 90% dari harga pasaran rumah.Harga pasaran yang digunakan oleh bank adalah harga yang daripada panel jurunilai atau valuer sesebuah bank. Pihak bank akan mencari jurunilai yang mahir bagi satu-satu kawasan.Namun begitu, anda boleh buat analisa sendiri bagi mendapatkan anggaran harga pasaran seperti di bawah :
1. Kejiranan
Dapatkan info terkini bagi transaksi penjualan terkini di kawasan kejiranan. Secara asas harga rumah bergantung pada jenis rumah, luas tanah dan luas bangunan.
2. Website Hartanah
Dapatkan harga rumah untuk dijual seperti di website mudah.my, iproperty.com.my, propertyguru.com.my.Harga rumah selalunya diiklankan lebih dari harga pasaran semasa.
3. Ejen Hartanah
Bagi mendapatkan harga pasaran yang lebih tepat, boleh hubungi ejen hartanah yang mahir bagi satu-satu kawasan. Ejen yang berpengalaman boleh berkongsi anggaran harga pasaran berdasarkan rumah-rumah yang ejen tersebut telah uruskan.Kebiasaan ejen hartanah akan membuat market analisa rumah yang hendak dijual. Ini termasuk buat semakan harga pasaran semasa dengan banker atau valuer.
4. Rumah Lelong
Harga atau reserve price rumah lelong juga boleh dijadikan panduan bagi menentukan harga pasaran semasa. Kebiasaanya harga rumah lelong adalah di bawah harga pasaran semasa. Oleh itu, harga semasa pastikan lebih tinggi dari reserve price rumah lelong.
Kelayakan & Komitmen
Pendapatan dan komitmen bulanan adalah elemen utama bagi memastikan refinance rumah boleh dibuat. Pendapatan yang tinggi lebih bagus. Pendapatan yang sesuai sekurang-kurang RM 4,000 dan ke atas.Selain itu komitmen bulanan akan dikira bersama dengan pendapatan bagi mengira jumlah kelayakan pembiayaan. Ini dipanggil Debt Service Ratio (DSR).Banker akan membuat kiraan awal DSR sebelum mencadangkan proses seterusnya.Setiap bank mempunyai kadar peratusan DSR yang berlainan. Bagi anda yang mempunyai komitmen yang tinggi, dicadangkan mencari bank yang memberi peratusan DSR yang tinggi.Bagi mengira DSR anda, sila guna Kalkulator Debt Service Ratio (DSR). Sekiranya DSR anda lebih daripada 60%, satukan semua hutang adalah pilihan terbaik untuk anda.
CCRIS & CTOS
Anda dicadangkan mendapatkan laporan CCRIS terkini. Laporan CCRIS boleh dicetak di kiosk Bank Negara Malaysia dan ianya percuma. Selain itu juga boleh dapat secara online di www.ctoscredit.com.my.Laporan CCRIS yang terbaik ialah tiada tunggakan. Hanya ada nombor 0 sahaja. Sekiranya ada tunggakan, bilangan bulan yang tertunggakan akan dicatat di laporan CCRIS anda. Laporan CCRIS memaparkan rekod bagi 12 bulan terkini.Sekiranya ada tunggakkan 1 bulan, masih boleh buat refinance rumah. Jika tunggakan lebih dari 1 bulan, anda dicadangkan berusaha untuk selesaikan tunggakan. Dan tunggu dalam 3-6 bulan baru mohon untuk refinance.Dalam masa yang sama, anda dicadangkan meminimum penggunaan kad kredit. Penggunaan secara maksimum dengan bayar balik secara minimum akan meningkatkan peratuan DSR anda.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Bagi anda yang di bawah AKPK tidak boleh membuat refinance rumah. Anda perlu selesaikan perancangan yang dibuat oleh AKPK dan ini akan mencantikkan laporan CCRIS.
Tunggakan PTPTN
Selepas tunggakan PTPTN dimasukkan ke laporan CCRIS, banyak kes permohonan pembiayaan rumah tidak diluluskan. Ada peminjam yang tidak pernah membayar balik, ada yang bayar secara minimum dan ada juga membayar secara tidak konsisten.Impaknya, jumlah tunggakan dipaparkan di laporan CCRIS. Oleh itu, anda perlu berhubung dengan pihak PTPTN dan dicadangkan buat penjadualan semula.
Info Tambahan
Berikut adalah info-info tambahan yang selalu ditanya oleh klien.
Tempoh Masa
Tiada tempoh yang spesifik bila transaksi refinance akan selesai. Paling cepat 2 hingga 3 bulan.Bagi rumah jenis pajakan 99 tahun (leasehold), urusan penyempurnaan hak milik (perfection of tranfer) yang belum diselesaikan dan macam-macam lagi akan menyebabkan sesuatu transaksi selesai lewat.Bagi masalah ini sila rujuk banker dan peguam yang menguruskan perjanjian pembiayaan (loan agreement).
Interest
Kadar keuntungan atau interest bergantung pada scoring seseorang. Banker akan masukkan permohonan anda di dalam sistem dan sistem tersebut akan mencadangkan interest pembiayaan.Kadar interest semasa adalah 4.45% – 4.65%.
Tempoh Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik adalah 30 tahun. Ada juga boleh dapat sehingga 35 tahun.Tempoh ini bergantung pada umur seseorang.Lagi pendek tempoh pembiayaan, bayaran bulanan tinggi. Sekiranya tempoh pembiayaan maksimum, bayaran bulanan lebih rendah.
Bayaran Bulanan
Berikut adalah jadual bayaran bulanan untuk rujukan. Bagi kiraan yang lebih tepat sila rujuk banker atau perunding refinance rumah.
Jumlah Pembiayaan (RM) |
Bayaran Bulanan (RM) |
---|---|
150,000 |
750 |
200,000 |
1,000 |
250,000 |
1,250 |
300,000 |
1500 |
350,000 |
1,760 |
400,000 |
2,000 |
450,000 |
2,260 |
500,000 |
2,500 |
Jadual Bayaran Bulanan
Nota : Jadual di atas dikira bagi tempoh bayaran balik adalah 30 tahun dan interest adalah 4.45%
Dokumen Sokongan
Senarai dokumen bergantung pada setiap bank. Secara asasnya dokumen wajib seperti slip gaji, penyata bank, penyata KWSP dan sebagainya.Bagi senarai dokumen yang lengkap sila layari Senarai Dokumen Refinance Rumah
Pemilihan Bank
Setiap bank ada kelebihan dan kekurangannya. Di refinancerumah.com, pemilihan bank berdasarkan objektif refinance, jumlah gaji, komitmen bulanan DSR dan macam-macam lagi.
Pegawai Bank
Tidak semua banker mahir dalam urusan refinance rumah. Maka anda dicadangkan mencari banker yang berpengalaman bagi mengelakkan anda berputih maka.Melalui pengalaman refinancerumah.com, ada beberapa klien mencuba refinance tetapi gagal. Antara sebabnya komitmen yang tinggi, masalah DSR atau kelayakan, dokumen sokongan dan macam-macam. Yang menariknya, ada kes tersebut berjaya lulus apabila diuruskan oleh tim refinancerumah.com
Syarat-Syarat
Syarat-syarat refinance sama seperti permohonan loan bagi beli rumah. Mesti ada pendapatan tetap dan komitmen bulanan yang rendah. Berikut adalah syarat utama sekiranya berminat untuk refinance rumah :
Kos Refinance Rumah
- Laporan Penilaian Hartanah
- Kos peguam bagi perjanjian pembiayaan (loan agreement)
- Duti Setem Perjanjian Pembiayaan
Contoh Kes – Sebelum dan Selepas Refinance
Berikut adalah sebahagian kes yang kami uruskan bagi dijadikan panduan untuk anda.
Pakej Refinance Rumah Tanpa Keluar Duit Poket Sendiri
sekiranya anda berminat nak Selesai & Satukan Hutang, klik info lanjut di bawah