Hijrah Ke Perbankan Islam
Islam haramkan riba. Riba banyak disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagai umat Islam sistem Perbankan Islam adalah pilihan terbaik di dunia dan akhirat.
Kini produk-produk pembiayaan Islam mudah di dapati di Malaysia. Tiada alasan lagi untuk memilih sistem perbankan berasaskan riba. Oleh itu menjadi kewajiban umat Islam memilih pembiayaan patuh syariah.

Riba Dalam Al Quran & Hadis
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytihar perang dengan Allah dan RasulNya (Al-Baqarah : 278)
Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah ( Al-Baqarah : 276 )
Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Info Penting
Di bawah adalah maklumat penting yang diperlukan bagi melancarkan proses refinance Perbankan Islamik.
Baki Pinjaman
Pinjaman yang baru akan menutup semua baki pinjaman semasa yang ada.
Harga Pasaran
Maksima margin pinjaman bank adalah 90% daripada harga pasaran rumah.
Pendapatan
Kelulusan bank berdasarkan kelayakan, pendapatan dan dokumen sokongan.

Syarat Refinance
Tiada tunggakan
Tiada tunggakan untuk tempoh 3-6 bulan terkini.
Blacklisted & AKPK
Tidak blacklisted, tiada masalah dalam CCRIS & CTOS dan tidak membuat penstrukturan pinjaman di AKPK.
Pendapatan tetap
Mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Bank akan melihat pendapatan 3 - 6 bulan terkini. Setiap pendapatan ada penyata bank.
7 Persediaan Sebelum Refinance Rumah
Dapatkan panduan 7 Persediaan bagi membantu anda membuat persediaan awal sebelum refinance rumah
Servis Kami
Tiada Caj
Ya. Tiada bayaran untuk servis ini. PERCUMA.
Tanpa Modal
Tidak perlu keluar duit poket sendiri
Islamik Sahaja
Kami hanya buat refinance perbankan Islamik sahaja.
Berpengalaman
Kami mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan kes-kes refinance.

Refinance & Hijrah ke Perbankan Islam
Sekiranya anda berminat buat Refinance Rumah untuk hijrah ke Perbankan Islamik, sila Isi Borang di bawah.