Pakej Refinance Rumah
Refinance rumah tanpa keluar duit poket sendiri. Tanpa modal.
Secara umumnya pasaran hartanah di Malaysia meningkat setiap tahun dan peningkatan ini memberikan kelebihan kepada pemilik hartanah. Oleh itu pembiayaan semula rumah (refinance) akan memberi lebihan wang tunai hasil peningkatan ini.
Dengan lebihan tunai ini, anda boleh utiliize dengan mendapatkan modal tunai (cash out), tutup hutang-hutang jahat (debt consolidation) dan lain-lain. Apa pun bergantung pada objektif anda untuk refinance rumah.
Sekiranya anda tiada objektif yang kukuh, anda tidak perlu buat refinance.
Info Penting
Berikut adalah info yang diperlukan sebagai persediaan refinance rumah
Baki Hutang
Dapatkan anggaran baki hutang penyelesaian awal atau early settlement daripada bank.
Harga Pasaran Semasa
Anggaran harga pasaran semasa bagi rumah tersebut. Maksimum refinance 90% daripada harga pasaran semasa
Pendapatan & Kelayakan
Mempunyai pendapatan tetap, komitmen bulanan optimum serta dokumen sokongan yang lengkap.
Teknik Refinance Rumah Bagi Dapatkan Modal Tunai
Bagi anda yang berminat untuk dapatkan Teknik & Panduan refinance rumah bagi mendapatkan modal tunai lebih detail, sila dapatkan Akses Pantas di bawah.
Dapatkan Akses Pantas Sekarang !
Pakej Refinance
Pakej ini hanya untuk rumah di Selangor, Kuala Lumpur dan sekitar Seremban sahaja.Tiada servis disediakan bagi di luar kawasan di atas.
Syarat Refinance
Syarat-syarat refinance sama seperti permohonan loan bagi beli rumah. Mesti ada pendapatan tetap dan komitmen bulanan yang rendah. Berikut adalah syarat utama sekiranya berminat untuk refinance rumah :
- Tiada bayaran bulan tertunggak lebih dari 1 bulan.
- Tiada masalah CCRIS atau CTOS.
- Tiada dalam senarai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
- Gaji kasar lebih daripada RM 5,000 sebulan.
- Jumlah pembiayaan semula mesti lebih daripada RM 150,000.
- Selain rumah Flat Kos Rendah dan Tanah Pertanian.