Sistem Riba Ke Perbankan Islam (SSPI)

Refinance Rumah 

Tukar ke Pembiayaan Islamik

Islam haramkan riba. Riba banyak ditekankan di dalam Al Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagai umat Islam sistem Perbankan Islam adalah pilihan terbaik di dunia dan akhirat.

Kini produk-produk pembiayaan Islam mudah didapati di Malaysia. Tiada alasan lagi untuk memilih sistem perbankan berasaskan riba. Oleh itu menjadi kewajiban pada umat Islam memilih pembiayaan yang patuh syariah.

Bagi anda yang masih menggunakan pinjaman konvesional anda boleh lakukan pembiayaan semula sekarang. Dengan pembiayaan semula ini, anda akan meninggalkan sistem riba dan menikmati

Dari sistem pinjaman kovensional berasaskan RIBA, hijrah ke Pembiayaan Islamik

Semoga kita semua dijauhkan daripada dosa berkaitan RIBA.

Riba dalam Al Quran & Hadis

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytihar perang dengan Allah dan RasulNya (Al-Baqarah : 278)

Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah ( Al-Baqarah : 276 )

Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Info Penting

Berikut adalah info yang diperlukan sebagai persediaan refinance rumah untuk berhijrah dari pinjaman konvensional ke pembiayaan Islamik.

Baki Hutang

Dapatkan anggaran baki hutang penyelesaian awal atau early settlement daripada bank.

Harga Pasaran Semasa

Anggaran harga pasaran semasa bagi rumah tersebut. Maksimum refinance 90% daripada harga pasaran semasa.

Pendapatan & Kelayakan

Mempunyai pendapatan tetap, komitmen bulanan optimum serta dokumen sokongan yang lengkap.

Kelebihan Tukar ke Pembiayaan Islamik

Berikut adalah kelebihan refinance rumah daripada pinjaman kovensional ke Pembiayaan Islamik

Percuma Duti Setem

Ya, percuma duti setem bagi pembiayaan sehingga RM300 Ribu dan rebat bagi pembiayaan lebih dari RM300 Ribu

Dapatkan Lebihan Tunai

Boleh dapatkan lebihan wang tunai untuk tambah modal bisnes, tingkatkan pelaburan, ubahsuai rumah, deposit beli rumah atau selesai hutang.

Interest & Bayaran Bulanan Lebih Rendah

Dapatkan interest lebih rendah dan  kurangkan bayaran bulanan. Seterusnya aliran tunai akan bertambah.

Pakej Refinance

  • Tiada Servis Caj ( Ya, tiada caj dikenakan)
  • Tidak perlu​​​​​​​​​ kel​​​​u​​​​ar duit poket sendiri
  • Pembiayaan Islamik sahaja.
  • Dikendalikan oleh banker yang berpengalaman dan mahir dalam refinance rumah

Pakej ini hanya untuk rumah di Selangor, Kuala Lumpur dan sekitar Seremban sahaja.Tiada servis disediakan bagi di luar kawasan di atas. Harap maaf. 

Syarat Refinance

Syarat-syarat refinance sama seperti permohonan loan bagi beli rumah. Mesti ada pendapatan tetap dan komitmen bulanan yang rendah. Berikut adalah syarat utama sekiranya berminat untuk refinance rumah :

  1. Tiada bayaran bulan tertunggak lebih dari 1 bulan.​
  2. Tiada masalah CCRIS  atau CTOS.
  3. Tiada dalam senarai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  4. Gaji kasar lebih daripada RM 5,000 sebulan.
  5. Jumlah pembiayaan semula mesti lebih daripada RM 150,000.
  6. Selain rumah Flat Kos Rendah dan Tanah Pertanian.

Sekiranya anda berminat untuk Refinance Rumah bagi berhijrah ke Pembiayaan Islamik, sila isi borang di bawah.

Perunding kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat dan kira kelayakan awal. Sekiranya kelayakan awal positif, anda perlu sediakan dokumen sokongan yang akan diberitahu kemudian.

Pertanyaan @ Info Lanjut

Sekiranya anda ada pertanyaan atau info lanjut sila isi di ruang comment di bawah.

14 thoughts on “Sistem Riba Ke Perbankan Islam (SSPI)”

    1. Tim RefinanceRumah.com

      Puan dah isi borang online di website? Sekiranya sudah isi boleh bagi nama untuk semakan?

    1. Tim RefinanceRumah.com

      Insyallah boleh. Kalau semua syarat2 di atas boleh lepas, Tuan dah boleh isi borang. Nanti banker kami akan hubungi.

  1. Saya tlh bersara dr pekhidmatan kerajaan, umur 55th. Beli rmh pinjaman konvensional nk tukar islamik. Hutng bank ada rm 140k. Apa perlu saya buat. Adakah kena buat agreement baru. Adakah saya perlu beli insuran semula utk refinance, berapa lama blh loan

    1. Tim RefinanceRumah.com

      Tuan, alhamdulillah sebab berhajat untuk tukar ke perbankan Islamik. Kami lihat faktor umur akan memberi kesan sekiranya tuan nak buat refinance ke perbankan Islamik. Memandangkan tuan telah bersara dan faktor umur, tuan dicadangkan masukkan nama anak yang sedang bekerja untuk buat refinance. Refinance akan melibatkan perjanjian pembiayaan semula yang baru mengikut kehendakan perbankan Islamik. Nanti ada kos2 seperti kos peguam. Kos2 ini boleh dimasukkan dalam loan

        1. Tim RefinanceRumah.com

          Bergantung pada kes. Ada yang perlu buat S&P baru, ada juga tak perlu. Bergantung pada bank.

Comments are closed.