Refinance Rumah
Tukar ke Pembiayaan Islamik
Islam haramkan riba. Riba banyak ditekankan di dalam Al Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagai umat Islam sistem Perbankan Islam adalah pilihan terbaik di dunia dan akhirat.
Kini produk-produk pembiayaan Islam mudah didapati di Malaysia. Tiada alasan lagi untuk memilih sistem perbankan berasaskan riba. Oleh itu menjadi kewajiban pada umat Islam memilih pembiayaan yang patuh syariah.
Bagi anda yang masih menggunakan pinjaman konvesional anda boleh lakukan pembiayaan semula sekarang. Dengan pembiayaan semula ini, anda akan meninggalkan sistem riba dan menikmati
Dari sistem pinjaman kovensional berasaskan RIBA, hijrah ke Pembiayaan Islamik
Semoga kita semua dijauhkan daripada dosa berkaitan RIBA.
Riba dalam Al Quran & Hadis
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytihar perang dengan Allah dan RasulNya (Al-Baqarah : 278)
Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah ( Al-Baqarah : 276 )
Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Info Penting
Berikut adalah info yang diperlukan sebagai persediaan refinance rumah untuk berhijrah dari pinjaman konvensional ke pembiayaan Islamik.
Baki Hutang
Dapatkan anggaran baki hutang penyelesaian awal atau early settlement daripada bank.
Harga Pasaran Semasa
Anggaran harga pasaran semasa bagi rumah tersebut. Maksimum refinance 90% daripada harga pasaran semasa.
Pendapatan & Kelayakan
Mempunyai pendapatan tetap, komitmen bulanan optimum serta dokumen sokongan yang lengkap.
Kelebihan Tukar ke Pembiayaan Islamik
Berikut adalah kelebihan refinance rumah daripada pinjaman kovensional ke Pembiayaan Islamik
Percuma Duti Setem
Ya, percuma duti setem bagi pembiayaan sehingga RM300 Ribu dan rebat bagi pembiayaan lebih dari RM300 Ribu
Dapatkan Lebihan Tunai
Boleh dapatkan lebihan wang tunai untuk tambah modal bisnes, tingkatkan pelaburan, ubahsuai rumah, deposit beli rumah atau selesai hutang.
Interest & Bayaran Bulanan Lebih Rendah
Dapatkan interest lebih rendah dan kurangkan bayaran bulanan. Seterusnya aliran tunai akan bertambah.
Pakej Refinance
- Tiada Servis Caj ( Ya, tiada caj dikenakan)
- Tidak perlu keluar duit poket sendiri
- Pembiayaan Islamik sahaja.
- Dikendalikan oleh banker yang berpengalaman dan mahir dalam refinance rumah
Pakej ini hanya untuk rumah di Selangor, Kuala Lumpur dan sekitar Seremban sahaja.Tiada servis disediakan bagi di luar kawasan di atas. Harap maaf.
Syarat Refinance
Syarat-syarat refinance sama seperti permohonan loan bagi beli rumah. Mesti ada pendapatan tetap dan komitmen bulanan yang rendah. Berikut adalah syarat utama sekiranya berminat untuk refinance rumah :
- Tiada bayaran bulan tertunggak lebih dari 1 bulan.
- Tiada masalah CCRIS atau CTOS.
- Tiada dalam senarai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
- Gaji kasar lebih daripada RM 5,000 sebulan.
- Jumlah pembiayaan semula mesti lebih daripada RM 150,000.
- Selain rumah Flat Kos Rendah dan Tanah Pertanian.
Sekiranya anda berminat untuk Refinance Rumah bagi berhijrah ke Pembiayaan Islamik, sila isi borang di bawah.
Perunding kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat dan kira kelayakan awal. Sekiranya kelayakan awal positif, anda perlu sediakan dokumen sokongan yang akan diberitahu kemudian.
Pertanyaan @ Info Lanjut
Sekiranya anda ada pertanyaan atau info lanjut sila isi di ruang comment di bawah.
WhatsApp saya nak tukar from conventional kpd syariah loan financing
Sila isi borang dan nanti team kami akan hubungi pihak tuan.
Nak tukar konvsonal ke Islamic loan…
Sila isi borang. Perunding kami akan membantu anda.
Nk apply refinance loan umah
Sila isi borang. Perunding kami akan hubungi anda.
saya dah hantar borang dan dah subscribe dalam email. Bila jawapannya?
Puan dah isi borang online di website? Sekiranya sudah isi boleh bagi nama untuk semakan?
Loan nk tukar ke islamik dan pendekkan tempoh
Insyallah boleh. Kalau semua syarat2 di atas boleh lepas, Tuan dah boleh isi borang. Nanti banker kami akan hubungi.
Saya tlh bersara dr pekhidmatan kerajaan, umur 55th. Beli rmh pinjaman konvensional nk tukar islamik. Hutng bank ada rm 140k. Apa perlu saya buat. Adakah kena buat agreement baru. Adakah saya perlu beli insuran semula utk refinance, berapa lama blh loan
Tuan, alhamdulillah sebab berhajat untuk tukar ke perbankan Islamik. Kami lihat faktor umur akan memberi kesan sekiranya tuan nak buat refinance ke perbankan Islamik. Memandangkan tuan telah bersara dan faktor umur, tuan dicadangkan masukkan nama anak yang sedang bekerja untuk buat refinance. Refinance akan melibatkan perjanjian pembiayaan semula yang baru mengikut kehendakan perbankan Islamik. Nanti ada kos2 seperti kos peguam. Kos2 ini boleh dimasukkan dalam loan
Perlu ke buat S&P yg baru?
Bergantung pada kes. Ada yang perlu buat S&P baru, ada juga tak perlu. Bergantung pada bank.