Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai http://www.refinancerumah.com Pakar Pembiayaan Semula Rumah @ Refinance Tue, 28 Feb 2017 08:24:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=4.7.2 Tips Turunkan Bayaran Bulanan Pembiayaan Rumah http://www.refinancerumah.com/2015/07/tips-turunkan-bayaran-bulanan-pembiayaan-rumah/ http://www.refinancerumah.com/2015/07/tips-turunkan-bayaran-bulanan-pembiayaan-rumah/#respond Wed, 22 Jul 2015 16:12:44 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=464 Anda berminat nak dapatkan Tip Turunkan Bayaran Bulanan Pembiayaan Rumah? Antara kelebihannya : Kurangkan komitmen bulanan. Tingkatkan aliran tunai setiap bulan. Tanpa keluar duit poket sendiri. Tukar ke perbankan Islam. Kadar keuntungan (interest) lebih rendah. dan macam-macam lagi Pastikan anda daftar email di bawah sekarang. Kami akan kongsikan ke

The post Tips Turunkan Bayaran Bulanan Pembiayaan Rumah appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Refinance Rumah Kurangkan Bayaran Bulanan

Anda berminat nak dapatkan Tip Turunkan Bayaran Bulanan Pembiayaan Rumah?

Antara kelebihannya :

  • Kurangkan komitmen bulanan.
  • Tingkatkan aliran tunai setiap bulan.
  • Tanpa keluar duit poket sendiri.
  • Tukar ke perbankan Islam.
  • Kadar keuntungan (interest) lebih rendah.
  • dan macam-macam lagi

Pastikan anda daftar email di bawah sekarang. Kami akan kongsikan ke email anda nanti.

[mc4wp_form]

 

The post Tips Turunkan Bayaran Bulanan Pembiayaan Rumah appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2015/07/tips-turunkan-bayaran-bulanan-pembiayaan-rumah/feed/ 0
Pembiayaan Semula, Lebihan Tunai & 10 Tahun http://www.refinancerumah.com/2014/04/pembiayaan-semula-lebihan-tunai-10-tahun/ http://www.refinancerumah.com/2014/04/pembiayaan-semula-lebihan-tunai-10-tahun/#respond Tue, 08 Apr 2014 16:03:47 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=318 Diharapkan tulisan ini dapat memberi panduan kepada anda yang merancang membuat pembiayaan semula @ refinance rumah bagi mendapatkan lebihan tunai. Rata-rata orang ramai agak keliru dengan maklumat sekeliling apabila Bank Negara mengumumkan polisi terbaru berkaitan lebihan tunai. Info lanjut berkenaan polisi tersebut layari di sini. Info penting

The post Pembiayaan Semula, Lebihan Tunai & 10 Tahun appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Diharapkan tulisan ini dapat memberi panduan kepada anda yang merancang membuat pembiayaan semula @ refinance rumah bagi mendapatkan lebihan tunai.

Rata-rata orang ramai agak keliru dengan maklumat sekeliling apabila Bank Negara mengumumkan polisi terbaru berkaitan lebihan tunai. Info lanjut berkenaan polisi tersebut layari di sini.

Info penting yang perlu anda ketahui, pembiayaan semula masih boleh dibuat seperti biasa. Cuma perbezaannya pada jumlah lebih tunai yang boleh diperolehi.

Fakta Lebihan Tunai

Berikut adalah fakta yang perlu sebelum lakukan pembiayaan semula.

1. Harga Pasaran
Margin pembiayaan bank adalah 90% daripada harga pasaran semasa rumah. Ini adalah jumlah maksimum bagi pembiayaan yang baru. Nak dapatkan harga pasaran terkini layari Tips Dapatkan Harga Pasaran Semasa.

2. Kiraan Bayaran Bulanan
Info yang terkini, kiraan bayaran bulanan adalah sama seperti polisi lebihan tunai diumumkan. Sebagai contoh

Baki Semasa : RM 300,000
Lebihan Tunai Diperlukan : RM 50,000

Maka pembiayaan yang baru adalah RM 350,000 dan bayaran bulanan adalah +- RM 1,700 selama 30 tahun. Kira bayaran anda di Gohartanah Apps (GAPPS)

Dengan pelaksanaan ini, maka tiada isu bayaran bulanan akan lebih tinggi

3. Jumlah Lebihan Tunai
Ini adalah elemen utama yang perlu diambil perhatian. Debt Service Ratio (DSR) akan dikira secara berasingan di mana baki pembiayaan akan berdasarkan 30 tahun atau 35 tahun, manakala lebihan tunai akan dikira berdasarkan tempoh 10 tahun. Seperti contoh.

Baki Semasa adalah RM 300,000, maka bayaran bulanan RM 1,450 untuk 30 tahun.
Lebihan Tunai RM 50,000, maka bayaran bulanan RM 510 untuk 10 tahun.

Oleh itu bagi kiraan DSR, pihak bank akan menggunakan RM 1,450 dan RM 510 iaitu RM 1,960 sebagai komitmen baru selepas pembiayaan semula.

Sekiranya DSR lebih daripada 70%, maka lebihan tunai perlu dikurangkan dan sebaliknya. Kira Debt Service Ratio (DSR) di Kalkulator Hartanah.

Link Pantas.

  1. Pembiayaan Semula & Lebihan Tunai.
  2. Prosedur Pembiayaan Semula.

 

 

The post Pembiayaan Semula, Lebihan Tunai & 10 Tahun appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2014/04/pembiayaan-semula-lebihan-tunai-10-tahun/feed/ 0
Kira Debt Service Ratio (DSR) – Contoh # 1 http://www.refinancerumah.com/2013/11/kira-debt-service-ratio-dsr-contoh-1/ http://www.refinancerumah.com/2013/11/kira-debt-service-ratio-dsr-contoh-1/#respond Fri, 01 Nov 2013 10:18:27 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=187 Berikut adalah contoh cara mengira Debt Service Ratio (DSR). #1. Dapatkan Maklumat Pendapatan dan Penolakkan Bagi mengira DSR anda perlu sediakan maklumat seperti pendapatan dan penolakan (pemotongan). Maklumat ini boleh didapati di slip gaji bulanan. Di bawah ada pendapatan dan penolakkan bagi En Z. Pendapatan Kasar Gaji

The post Kira Debt Service Ratio (DSR) – Contoh # 1 appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Berikut adalah contoh cara mengira Debt Service Ratio (DSR).

#1. Dapatkan Maklumat Pendapatan dan Penolakkan

Bagi mengira DSR anda perlu sediakan maklumat seperti pendapatan dan penolakan (pemotongan). Maklumat ini boleh didapati di slip gaji bulanan.

Di bawah ada pendapatan dan penolakkan bagi En Z.

Pendapatan Kasar
Gaji bulanan, elaun tetap – RM 4,300

Penolakan
KWSP, Perkeso, PCB, Zakat – RM 700

Pinjaman @ Pembiayaan
Pembiayaan Peribadi – RM 300

Pendapatan Bersih
Pendapatan Bersih = RM 4,300 – RM 700 = RM 3,600

Pendapatan Bersih = Pendapatan kasar – Penolakan

#2. Cara Kira DSR

  1. Layari kalkulator DSR di website refinancerumah.com
  2. Isi borang bagi ruangan yang berkaitan.
  3. Klik kira.
Kiraan DSR En Z

Kiraan DSR En Z

#3. Keputusan DSR

Kiraan di atas menunjuk DSR semasa adalah 8.3 %. Ini bermakna En Z boleh memohon pembiayaan kerana DSR kurang daripada 70%.

Bagi anda yang merancang nak buat pembiayaan semula, pastikan DSR semasa dan selepas pembiayaan semula adalah kurang daripada 70%.

Pembiayaan semula boleh dilakukan dengan klik Prosedur Pembiayaan Semula.

Pertanyaan & Info Lanjut, sila komen ruang di bawah. 

The post Kira Debt Service Ratio (DSR) – Contoh # 1 appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2013/11/kira-debt-service-ratio-dsr-contoh-1/feed/ 0
Cara Dapatkan Harga Pasaran Semasa http://www.refinancerumah.com/2013/10/cara-dapatkan-harga-pasaran-semasa/ http://www.refinancerumah.com/2013/10/cara-dapatkan-harga-pasaran-semasa/#respond Mon, 28 Oct 2013 15:03:33 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=231 Kelebihan memiliki hartanah ialah peningkatan nilai pasaran setiap tahun. Jika dilihat pada hari ni rata-rata rumah yang dijual pada harga RM 400,000, dibeli pada harga RM 200,000. Peningkatan ini hanya dalam 3-4 tahun sahaja. Jadi apa kaitan dengan pembiayaan semula hartanah? Harga pasaran semasa penting bagi anda

The post Cara Dapatkan Harga Pasaran Semasa appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Kelebihan memiliki hartanah ialah peningkatan nilai pasaran setiap tahun. Jika dilihat pada hari ni rata-rata rumah yang dijual pada harga RM 400,000, dibeli pada harga RM 200,000. Peningkatan ini hanya dalam 3-4 tahun sahaja.

Jadi apa kaitan dengan pembiayaan semula hartanah?

Harga pasaran semasa penting bagi anda yang merancang untuk pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai. Berikut cara mendapatkan harga pasaran semasa :

# 1. Rujuk Iklan Rumah Untuk Dijual

Guna enjin carian google bagi mendapat info berkenaan rumah untuk dijual di kawasan anda. Selain itu boleh rujuk portal jual beli hartanah seperti iproperty, propertyguru, propwall atau mudah.my.

Cuba dapatkan 2-3 iklan yang hampir sama dengan rumah anda. Anggaran harga pasaran kebiasaannya kurang RM 5,000 ke RM 10,000 dari harga iklan tersebut.

#2. Ejen Hartanah

Daripada iklan rumah untuk dijual seperti di #1, boleh hubungi ejen hartanah tersebut berkenaan harga pasaran semasa. Selalunya ejen hartanah akan mendapatkan harga pasaran semasa sebelum naikkan iklan.

#3. Pegawai Bank

Anda boleh pergi terus ke cawangan bank berhampiran. Sekiranya pegawai bank tersebut tidak maklumat mengenai harga pasaran rumah anda, pegawai tersebut akan rujuk panel jurunilai bank tersebut.

#4. Rujuk Jurunilai Berdaftar

Yang terbaiknya rujuk terus jurunilai berdaftar seperti Nilai Harta, Jurunilai Bersekutu, IPC Property Consultant dan banyak lagi. Bagi penilaian secara lisan tiada caj dikenakan.

Info Diperlukan

Bagi pastikan anda mendapat harga pasaran yang tepat, sila sediakan info berikut

  • jenis rumah
  • alamat penuh
  • luas tanah
  • luas bangunan
  • detail ubahsuai dan kos

Sekiranya ada nak refinance rumah, baca detail lanjut di Refinance Dapat Lebihan Tunai.

Sekiranya ada bercadang nak jual rumah, dapatkan info Servis Ejen Hartanah

The post Cara Dapatkan Harga Pasaran Semasa appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2013/10/cara-dapatkan-harga-pasaran-semasa/feed/ 0
Bila Sesuai Nak Buat Pembiayaan Semula? http://www.refinancerumah.com/2013/10/bila-sesuai-nak-buat-pembiayaan-semula/ http://www.refinancerumah.com/2013/10/bila-sesuai-nak-buat-pembiayaan-semula/#respond Sat, 26 Oct 2013 05:17:17 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=167 Pertanyaan ini yang kerap kami terima melalui email dan facebook. Mungkin ramai juga akan terfikir nak tanya lepas ni. Bila Sesuai Nak Buat Pembiayaan Semula? Tiada jawapan yang satu bagi persoalan di atas. Ia bergantung kepada objektif anda bagi melakukan pembiayaan semula. Antaranya objektif pembiayaan semula seperti

The post Bila Sesuai Nak Buat Pembiayaan Semula? appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Pertanyaan ini yang kerap kami terima melalui email dan facebook. Mungkin ramai juga akan terfikir nak tanya lepas ni.

Bila Sesuai Nak Buat Pembiayaan Semula?

Tiada jawapan yang satu bagi persoalan di atas. Ia bergantung kepada objektif anda bagi melakukan pembiayaan semula. Antaranya objektif pembiayaan semula seperti mendapatkan lebihan tunai, jimatkan interest, tukar daripada sistem konvensional kepada perbankan Islam, satukan hutang dan macam-macam lagi.

Lebihan Tunai

Bagi anda yang merancang untuk dapatkan lebihan tunai, waktu yang sesuai untuk buat pembiayaan semula adalah selepas 3 ke 5 tahun. Ini kerana tempoh lock-in period sudah tamat.

Sementara itu harga pasaran pula ada peningkatan dan ini akan memberi ruang kepada kita mendapatkan lebihan tunai. Wang tunai yang akan anda dapat adalah perbezaan harga pasaran semasa dengan baki pembiayaan. Dalam tempoh ini juga baki pembiayaan semasa sudah berkurangan.

Sekiranya ada keperluan mendapatkan wang tunai samada untuk pelaburan, membeli rumah seterusnya, menambah modal perniagaan boleh mencuba cara ini. Info lanjut layari pembiayaan semula bagi mendapatkan lebihan tunai.

Konvensional ke Perbankan Islam

Setiap muslim wajib memilih produk kewangan Islam. Ini kerana sistem riba adalah haram. Oleh itu tiada alasan untuk kekal menggunakan sistem bank konvensional.

Maka anda perlu tukar ke perbankan Islam hari ini juga. Moga Allah SWT permudahkan urusan baik anda.

Ada pun begitu, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti tempoh lock-in period. Sebab sekiranya masih dalam tempoh lock-in period pasti ada penalti dikenakan. Kebiasaanya 5% daripada jumlah pinjaman asal.

Selain itu juga, pembiayaan semula ada beberapa kos yang perlu ditanggung antaranya kos guaman, duti setem, laporan penilaian dan sebagainya.

Sekiranya kos-kos ini termasuk penalti boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan yang baru, perkara ini menjadi lebih mudah kerana tidak perlu keluarkan duit poket sendiri.

Sekiranya berminat dapatkan info lanjut berkenaan Saya Suka Perbankan Islam.

Jimat Interest

Rujuk semula surat tawaran bank atau hubungi cawangan bank bagi dapatkan kadar interest semasa. Sekiranya lebih daripada 5%, sebenarnya anda telah membayar kadar interest yang tinggi. Kadar interest semasa adalah 4.2%- 4.8% bergantung kepada jumlah pembiayaan.

Sekiranya anda membeli rumah 5 tahun yang lepas, anda berada dalam kelompok pembayar interest yang tinggi. Jadi lakukan penjimatan sekarang dengan membuat pembiayaan semula. Kelebihan yang akan diperolehi ialah tempoh pembiayaan dapat dikurangkan atau bayaran bulanan lebih rendah.

Sekiranya berminat dapatkan info pembiayaan semula bagi jimatkan kadar interest.

The post Bila Sesuai Nak Buat Pembiayaan Semula? appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2013/10/bila-sesuai-nak-buat-pembiayaan-semula/feed/ 0
Polisi Pembiayaan Semula Bank Negara Malaysia (BNM) http://www.refinancerumah.com/2013/10/polisi-pembiayaan-semula-bank-negara-malaysia-bnm/ http://www.refinancerumah.com/2013/10/polisi-pembiayaan-semula-bank-negara-malaysia-bnm/#respond Thu, 17 Oct 2013 17:53:01 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=158 Semenjak BNM umumkan polisi baru berkenaan pembiayaan semula hartanah, pihak kami bertalu-talu menerima pertanyaan orang ramai. Ada yang bertanya samada ianya benar atau sekadar khabar angin, bila akan dilaksanakan dan macam-macam lagi. Sebenarnya isu ni banyak dibincangkan di media sosial seperti facebook. Blogger pun banyak buat entri

The post Polisi Pembiayaan Semula Bank Negara Malaysia (BNM) appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Semenjak BNM umumkan polisi baru berkenaan pembiayaan semula hartanah, pihak kami bertalu-talu menerima pertanyaan orang ramai. Ada yang bertanya samada ianya benar atau sekadar khabar angin, bila akan dilaksanakan dan macam-macam lagi.

Sebenarnya isu ni banyak dibincangkan di media sosial seperti facebook. Blogger pun banyak buat entri di blog masing-masing.

Polisi ini adalah arahan terbaru yang dikeluarkan BNM. Beberapa bank telah laksanakan arahan ini seperti Maybank dan CIMB. Ada juga beberapa bank yang belum laksanakan tetapi akan laksanakan dalam masa terdekat. Mungkin peringkat dalaman masih belum bersedia sepenuh.

Diringkaskan ada 2 perkara penting yang disentuh BNM.

  1. Tempoh Maksima 35 Tahun
    Perubahan tempoh maksima pembiayaan bukanlah isu besar. Ini kerana setiap bank telah praktik tempoh pembiayaan antara 30 hingga 35 tahun. Sebelum perubahan ini, tempoh maksimum adalah 45 tahun. Oleh tiada kesan yang besar kepada pembeli dan pelabur hartanah. Tempoh ini hanya untuk baki pembiayaan sahaja
  2. Tempoh 10 Tahun Bagi Setiap Lebih Tunai 
    Perubahan kedua ini mungkin memberi kesan kepada orang ramai. Terutamanya bagi  yang gemar mendapatkan modal tunai hasil pembiayaan semula hartanah. Dengan perubahan ini, orang ramai masih boleh mendapatkan lebihan tunai daripada pembiayaan semula rumah tetapi  bayaran bulanan akan menjadi lebih tinggi. Ini kerana BNM menetapkan tempoh maksima bagi lebih tunai adalah 10 tahun sahaja. Dari 30 tahun dipendekkan ke 10 tahun. Perubahan ini amat dirasai bagi yang mendapatkan lebih tunai yang banyak.

Contoh

Sila rujuk contoh di bawah

Baki pembiayaan =  RM 200,000
Pembiayaan Baru = RM 300,000
maka selepas pembiayaan semula, dapat Lebihan Tunai = RM 100,000 (300k – 200k)

Pembiayaan yang baru bagi RM 200k akan mendapat tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun manakala lebihan tunai RM 100k hanya 10 tahun sahaja.

Apa pun arahan baru ini tidak menghalang pembiayaan semula hartanah. BNM cuma ketatkan beberapa peluang bagi mendapatkan lebihan tunai sebab hutang isi rumah yang makin bertambah. Apabila gelanggang berubah maka strategi pun perlu berubah. Oleh itu lebih tunai masih boleh diperolehi cuma ambil sekadarnya berdasarkan keperluan. Sebab kalau ambil tinggi sangat, maka bayaran bulan pun tinggi juga.

The post Polisi Pembiayaan Semula Bank Negara Malaysia (BNM) appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2013/10/polisi-pembiayaan-semula-bank-negara-malaysia-bnm/feed/ 0
Cara Dapatkan Geran Rumah http://www.refinancerumah.com/2013/10/cara-dapatkan-geran-rumah/ http://www.refinancerumah.com/2013/10/cara-dapatkan-geran-rumah/#respond Wed, 16 Oct 2013 09:47:55 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=153 Sudah terhantuk baru tengadah Mungkin simpulan di atas sesuai bagi majoriti pemilik rumah di Malaysia. Kenapa?? Rata-rata apabila ditanya di mana geran rumah, jawapan standard adalah : Geran masih nama pemaju. Geran pihak bank yang simpan.  Tak tahu langsung. Jadi macam mana nak dapatkan geran rumah? Perkara

The post Cara Dapatkan Geran Rumah appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>

Sudah terhantuk baru tengadah

Mungkin simpulan di atas sesuai bagi majoriti pemilik rumah di Malaysia.

Kenapa??

Rata-rata apabila ditanya di mana geran rumah, jawapan standard adalah :

  1. Geran masih nama pemaju.
  2. Geran pihak bank yang simpan.
  3.  Tak tahu langsung.

Jadi macam mana nak dapatkan geran rumah?

Perkara pertama, boleh tanya jiran-jiran samada status terkini samada masih geran besar atas nama pemaju atau geran individu telah dikeluarkan. Lebih mudah terus tanya dengan pemaju. Lebih tepat dan cepat.

Geran ni kita tak perlukan yang original, cukup sekadar salinan. Pihak-pihak yang boleh kita dapatkan salinan geran ialah

  1. Pemaju.
  2. Peguam perjanjian jual beli.
  3. Peguam panel bank.
  4. Carian rasmi di pejabat tanah.

Kalau dah dapat salinan geran, boleh lah simpan. Geran ni diperlukan apabila anda nak jual rumah atau buat pembiayaan semula pada suatu hari nanti.

The post Cara Dapatkan Geran Rumah appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2013/10/cara-dapatkan-geran-rumah/feed/ 0
Hasil Sewaan Sebagai Pendapatan http://www.refinancerumah.com/2013/09/hasil-sewaan-sebagai-pendapatan/ http://www.refinancerumah.com/2013/09/hasil-sewaan-sebagai-pendapatan/#respond Mon, 09 Sep 2013 08:18:16 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=77 Selain pendapatan tetap, pihak bank juga mengambil kira pendapatan-pendapatan lain seperti hasil kutipan rumah sewa. Ini secara tidak langsung akan menaikkan jumlah pendapatan. Dengan harapan kiraan Debt Service Ratio (DSR) lebih rendah dan seterusnya permohonan akan diluluskan. Cuma perkara penting yang perlu anda buat ialah Perjanjian Sewaan Pastikan

The post Hasil Sewaan Sebagai Pendapatan appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Selain pendapatan tetap, pihak bank juga mengambil kira pendapatan-pendapatan lain seperti hasil kutipan rumah sewa.

Ini secara tidak langsung akan menaikkan jumlah pendapatan. Dengan harapan kiraan Debt Service Ratio (DSR) lebih rendah dan seterusnya permohonan akan diluluskan.

Cuma perkara penting yang perlu anda buat ialah

  1. Perjanjian Sewaan
    Pastikan ada perjanjian sewaan (tenancy agreement) antara tuan rumah dan penyewa. Dan perjanjian ini dimatikan setem di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  2. Masuk Akaun Bank
    Bayaran sewaan setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun bank. Ini akan menjadi bukti bahawa anda menerima sewa pada setiap bulan.

Kelebihan bagi tindakan di atas :

  1. Naikkan pendapatan bersih bulanan.
  2. DSR lebih cantik.
  3. Kebarangkalian permohonan diluluskan adalah tinggi.
  4. Scoring lebih rendah dan boleh dapat kadar keuntungan (interest) lebih rendah.

The post Hasil Sewaan Sebagai Pendapatan appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2013/09/hasil-sewaan-sebagai-pendapatan/feed/ 0
Cara Dapatkan Baki Pembiayaan http://www.refinancerumah.com/2013/09/cara-dapatkan-baki-hutang-pembiayaan/ http://www.refinancerumah.com/2013/09/cara-dapatkan-baki-hutang-pembiayaan/#respond Mon, 09 Sep 2013 08:08:35 +0000 http://www.refinancerumah.com/?p=72 Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah dapatkan baki hutang terkini daripada bank. Terutamanya bagi anda yang merancang membuat pembiayaan semula bagi baki pinjaman atau pembiayaan. Bagi yang ingin mendapatkan lebihan tunai, baki pinjaman juga penting. Ini akan memberi gambaran awal berapa wang tunai yang akan diperolehi

The post Cara Dapatkan Baki Pembiayaan appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
Perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah dapatkan baki hutang terkini daripada bank. Terutamanya bagi anda yang merancang membuat pembiayaan semula bagi baki pinjaman atau pembiayaan.

Bagi yang ingin mendapatkan lebihan tunai, baki pinjaman juga penting. Ini akan memberi gambaran awal berapa wang tunai yang akan diperolehi nanti.

Setiap tahun pihak bank akan menghantar penyata pembiayaan kepada kita. Tetapi bukan baki di penyata ini yang diperlukan. Sebab maklumat dalam penyata ini berdasarkan tempoh pinjaman yang diluluskan pada peringkat awal.

Baki yang diperlukan adalah baki penjelasan awal atau early settlementBagi dapatkan baki penjelasan awal ini, anda hanya perlu hubungi cawangan bank yang menguruskan pembiayaan atau talian khidmat pelanggan.

Bagi anda yang merancang nak buat pembiayaan semula, lakukan langkah awal dengan hubungi bank bagi dapatkan baki pembiayaan.

The post Cara Dapatkan Baki Pembiayaan appeared first on Refinance Rumah 2015 @ Pembiayaan Semula Hartanah | Perbankan Islam | Jimat Interest Kadar Keuntungan | Modal Lebihan Tunai.

]]>
http://www.refinancerumah.com/2013/09/cara-dapatkan-baki-hutang-pembiayaan/feed/ 0