Cara Dapatkan Geran Rumah

Ramai ambil ringan bagi menyimpan atau dapatkan geran rumah. Masalah akan timbul apabila nak jual rumah, refinance rumah atau urusan yang berkaitan dengan geran.

Ada kes di mana jiran sebelah rumah jual rumah dalam 3-4 bulan dah selesai. Tetapi ada di tempat yang sama ambil masa 8 bulan ke 1 tahun. Gara-gara tak ambil tahu berkenaan geran.

Sebagai pemilik rumah kita kena tahu samada kita dah dapat milikan penuh atau sebaliknya. Milikan penuh bermaksud nama pemilik telah dimasukkan ke dalam geran. Kalau belum masuk nama kita, tandanya geran masih atas nama pemaju atau tuan tanah asal.

Apabila geran rumah telah dimasukkan nama anda, pastikan anda mendapatkan salinan geran dan simpan. Suatu hari nanti pasti anda penat mencari di sana sini apabila geran tersebut diperlukan.

Sudah terhantuk baru terasa peri sakitnya…

Mungkin simpulan di atas sesuai bagi majoriti pemilik rumah di Malaysia.

Kenapa??

Rata-rata apabila ditanya di mana geran rumah, jawapan standard adalah :

  1. Geran masih nama pemaju.
  2. Geran pihak bank yang simpan.
  3.  Tak tahu langsung.

Jadi macam mana nak dapatkan geran rumah?

Perkara pertama, boleh tanya jiran-jiran samada status terkini samada masih geran besar atas nama pemaju atau geran individu telah dikeluarkan. Lebih mudah terus tanya dengan pemaju. Lebih tepat dan cepat.

Geran ni kita tak perlukan yang original, cukup sekadar salinan. Pihak-pihak yang boleh kita dapatkan salinan geran ialah

  1. Pemaju.
  2. Peguam perjanjian jual beli.
  3. Peguam panel bank.
  4. Carian rasmi di pejabat tanah.

Kalau dah dapat salinan geran, boleh lah simpan. Geran ni diperlukan apabila anda nak jual rumah atau buat pembiayaan semula pada suatu hari nanti.

Kalau ada pertanyaan boleh tanya di bahagian komen di bawah. Sekiranya artikel ini bermanfaat, sila klik button SHARE di atas sebagai kredit kepada penulis.

14 thoughts on “Cara Dapatkan Geran Rumah”

  1. Saya nk tanya … suami sy nk jual rumah semua urusan dah selesai cuma tunggu LPPSA hantar geran ke pejabat lawyer untuk proses tukar nama…tp malangnya pihak LPPSA call pejabat lawyer bagi tahu geran tiada/hilang. Suami ada salinan geran tu. Apakah tindakan yang perlu di ambil. Pihak LPPSA blm bagi kata putus masih mencari lg…kesian kt pembeli sbb loan dah lulus n potongan akan di buat dlm masa terdekat

    1. Tim RefinanceRumah.com

      Geran hilang ni boleh rujuk pejabat tanah. Ada SOP yang kena ikut untuk dapatkan geran semula

  2. Saya nak tanya.sekiranya rumah dah beli tapi tak sempat tukar nama arwah bapa sy telah meningal dunia.macam mana nak dapat kan geran?

    1. Tim RefinanceRumah.com

      Puan perlu uruskan di pejabat tanah berkenaan harta pusaka. Boleh lantik waris sebagai pentadbir atau masukkan nama waris ke dalam geran

  3. jikalau original geran telah pun,berapakah lama akan mengambil masa untuk mendapatkan geran semula daripada jabatan tanah..
    saya telah pun mohon geran pada bulan dec tahun lalu..

  4. Berapa kos guaman untuk proses jika pembeli sudah habes membayar harga rumah dengan bank&pemilikan geran daripada bank

  5. Assalamu’alaikum,

    Hai,
    Nk tanya, rumah yg sy duduk skrg dah habis bayar dlm tahun 2013. Dlm tahun lepas, lawyer ada keluarkan surat utk pergi minta geran asal dkt bank. Bila dah pergi ke cawangan bank, hq dorg ckp geran xjumpa dan mgkn hilang. Sy duduk di utsra semenanjung, dan hq bank tu dkt kl. Mcm mana nk selesaikan masalah ni?
    Terima kasih.

  6. Sy punya geran masih geran besar. Mcm mn cara nak dapatkan geran individu? Layakkan refinance loan rumah menggunakan geran besar?

  7. Berapa lama tempoh tukar nama ke atas nama pemilik pada geran selepas permohonan dibuat pemaju / pejabat tanah.?

  8. Nyarus binti Alias

    Assalamualikum…bagaimana saya hendak mendapatkan geran rumah semula…perlukah report polis..sebab geran asal dah hilang dari simpanan semasa pindah rumah …Terima Kasih.

  9. Umh datuk sy dibeli under risda tp xda geran dimana patut sy mula kan ,di risda ke,pemaju @ pjbt tanah,umh ni dh brusia hmpir 30thun

Comments are closed.